CALL / SMS / WA 0174271383
FB : eedazz zed
EMEL : beautysigne@gmail.com

Sunday, 25 May 2014

SHAKLEE 101


1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halal dalam label Sijil Halal di blog ini.
2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.
3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.Di samping itu, alfalfa mengandungi klorofil.
4. Adakah shaklee masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan.
5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan  diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.
6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui . Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.
7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.
8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.
9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana2 sales branch?
Jawapan: Boleh, hanya mesej saya di talian 017-4271383 saya akan beri tips2 untuk mendapatkan harga istimewa.
10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu2 yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.
11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.
12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.
12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.
Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.
PM/SMS/WHATSAPP 0174271383 
EMEL : beautysigne@gmail.com 
FB : eedazz zed

IBU MENGANDUNG : VITAMIN APA YANG PENTING DAN BOLEH DIAMBIL

Memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.
Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protein, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.
Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :

Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
Omega : membantu pembentukan sel otak.
Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.
Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk:

PM/SMS 0174271383 
EMEL : beautysigne@gmail.com 
FB : eedazz zed

Terima kasih...

PANDUAN DAN CARA BANCUH ESP

Memandangkan ESP ni  best seller...produk yg hari2 ja ada org nak... maka hari ni saya nak share DO'S and DONT'S ESP serta cadangan beberapa resepi ESP yang anda wajib cuba!

DO'S

+ bancuh ESP dengan air suam , air biasa, atau air sejuk sahaja
+ ambil ESP ketika perut kosong dapat memberi kesan optimum
+ ambil secara konsisten, setiap hari. Tahukah anda sel tubuh manusia mengambil masa 90 hari untuk renew. Jadi kalau dah ambil sebulan kemudian give-up, jgn salahkan produk ok :)
+ ambil semasa sahur dapat membantu kita kekal bertenaga semasa berpuasa
+ minum air putih secukupnya sepanjang hari. 
+ ambil mengikut dos yg ditetapkan sahaja (3 sudu besar  @ 14 gram sehari)
+ ambil ESP sejurus selepas exercise, sbb nanti dia akan bentuk otot kau jadi cantik, tak la lembik menggeleber bila dah kurus

DONT's

- jangan bancuh dengan AIR PANAS, air caffein atau air bergas. anda akan hanya mendapat efek sedap dan kenyang sahaja nanti hehe
- jangan ambil ESP lepas tu makan nasik 2 pinggan dengan harapan yeay nanti saya kurus sbb dah ambil ESP
- hati2 jika campurkan ESP dgn jus buah..kerana jus buah kadangkala tinggi kandungan gula...so...
- jangan overdose....ESP mmg bagus, tp benda apa pun kalau berlebihan ada mudaratnya

Nahh, RESEPI ESP. Semua nya best sebab ada ESP :)))

1.       ESP + Air suam
2.      ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
3.      ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
4.      ESP + Susu Anmum
5.      ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee (sangat elok diminum ketika sahur)
6.      ESP + Nesvita 3in1
7.      ESP + jus twister tropicana
8.     ESP + Ribena
9.      ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
10.  ESP + Milo/Horlicks
11.   ESP + sirap bandung
12.  ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecik serbuk Shaklee fiber (jika ada)
13.  ESP + KOKO + OAT
14.  ESP + Milo + SUSU HL 
15.   ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air masak (blend)
16.  ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<– blend
17.   ESP + meal shakes + MILO<<<<— sejukkan SEDAP.
18.  ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
19.  ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <– blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang
20. ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) –>hasil? sgt mengujakan!!

PM/SMS 0174271383 
EMEL : beautysigne@gmail.com 
FB : eedazz zed

Terima kasih...

Friday, 9 May 2014

Shaklee dan penyakit gout




Gout ni adalah satu penyakit sendi yg disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ni melalui air kencing tapi bila bahan kumuh ni berlebihan dan tak dapat dibuang, ia akan berkumpul di dalam sendi. Sebab tu la gout terjadi.






Cadangan suplemen Shaklee untuk penyakit gout
  1. VIVIX
  2. Performance Drink
  3. Alfalfa
  4. AJHT


Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.





Performance Drink bagus untuk memeliharan kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik tu. Kalau tak cukup bendalir dalam badan, macam mana kita nak buang air kecil kan? Sebab tu la nanti lagi teruk asid urik tu berkumpul kat sendi.



Alfalfa menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox. Alfalfa juga membantu mengalkalikan badan, jadi paras asid dalam badan dapat dikurangkan secara berkesan.



AJHT ni mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangka masa seawal 5 hari - 25% lebih pantas dari jenama lain. Antara lain, bagus kalau pesakit gout ambil AJHT ni sebab mampu meningkatkan cushioning pada sendi. Glukosamin yg diekstrak daripada jagung membantu memelihara rawan, memelihara tisu penghubung yg sihat sebab Zink, Kuprum, Manganese dan Vitamin C membantu membina kolagen dan lain2 komponen tisu penghubung yg memberi kekuatan dan struktur kepada sendi. Sebab tu la AJHT ni memang sesuai sangat untuk mereka yg ada masalah sendi. =)
PM/SMS 0174271383 
EMEL : beautysigne@gmail.com 
FB : eedazz zed


Terima kasih...

Senarai Penyakit dan Cadangan Suplemen Shaklee

Sharing dari Mommy Lina, tambahan info oleh Eedazz Zed
Terima kasih kepada Mommy Lyna untuk list yang beliau ‘compile’ kan di bawah ini.

Walaubagaimanapun, perlu saya tegaskan di sini bahawa, senarai ini sekadar cadangan sahaja, sila dapatkan nasihat dari pakar atas penyakit serius yang anda hidapi. Pastikan sebarang rawatan yang anda jalani mendapat kebenaran dan pengesahan doktor.






Penyakit dan Vitamin / Suplemen
Di bawah adalah senarai penyakit yang biasa kita dengar dan vitamin dan mineral yang dicadangkan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan mendapatkan konsultansi dari pakar (doktor) terlebih dahulu sekiranya menghadapi masalah serius.

Alergi Vita-C
B Complex
Alfalfa
Garlic Complex

Alzheimer Vita-E Complex
B Complex
Omega Guard
Garlic

Anemia B Complex
Vita-Lea
Vita-C

Arthristis Vita-Lea
Ostematrix
Vita-C
Alfalfa
Peppermint-Ginger

Batu hempedu Peppermint-Ginger
Lecithin
Vita-C
Vita-E

Bronkitis dan pneumonia
Carotomax
Vita-C
Vita-E
Zinc
Garlic

Buasir
Vita-C
Vita-E
Ostematrix

Carpal tunnel
Vita-Lea
B complex
Vita-C

Cirit-birit
B Complex
Garlic
Performance Drink

Darah tinggi
Set A
Garlic
Vita-E

Diabetes
Set A
Garlic
Vita-C

Ekzema
B Complex
Vita-C
Alfalfa
GLA Complex
Zinc

Fibrocystic breast GLA Complex
B Complex

Gout 
Set A
Zinc

Insomnia Ostematrix
B Complex

Jangkitan telinga
Vita C
Zinc
Garlic

Jerawat B Complex
Vita-C
Vita-E
Zinc Complex
GLA Complex

Kanser Vivix
Garlic
Ostematrix
B complex
Katarak B Complex
Zinc

Kelemumur B Complex
Zinc

Kencing kotor Vita-C
Zinc
Garlic
Alfalfa

Kesuburan Vita-C
Vita-E
Zinc
GLA Complex

Sumber asal : Penyakit dan Vitamin A-K
kredit to: yoursupermom
Diedit oleh : beautysigne.blogspot.com
PM/SMS 0174271383 
EMEL : beautysigne@gmail.com 
FB : eedazz zed

Thursday, 8 May 2014

Kenapa Vitalea adalah killer produk Shaklee?

VITALEA OHH VITALEA

Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. Dikatakan 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Bermaksud, untuk mendapatkan ZAT yang sama banyak dalam 2 biji vitalea ianya sama lah dengan hidangan 40 jenis lauk pauk.




Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

* Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
* Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
* Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
* Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Perbezaan Shaklee dengan yang lain:

1. Kemajuan Saintifik

Disokong oleh tujuh kajian klinikal
  
2. Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

3. Kualiti yang luar biasa

Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Antara nutrisi yang terdapat dalam Vitalea

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*



Info produk:

Qty : 120 biji
Harga : RM88.75
Harga ahli : RM7x.xx

Lebih jimat dengan pembelian harga ahli kan. Tanya saya bagaimana:)

PM/SMS 0174271383 
EMEL : beautysigne@gmail.com 
FB : eedazz zed

Kenali Suplemen Anda : VITALEA

Assalamualaikum, hari ni kita tengok pula KILLER PRODUCT Shaklee ni iaitu Vitalea.

Manfaat/Kelebihan Vitalea (Multivitamin) Shaklee

Multivitamin menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. 

Memilih multivitamin terbaik menyokong diet harian kerana makanan di sekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Vita-Lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.


Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea Shaklee
  • Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
  • Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
  • Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
  • Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
  • Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah
  • Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
  • Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
  • Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
  • Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun
  • Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
  • Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
  • Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia
  • Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
  • Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman
  • Kuprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
  • Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda
Fakta-fakta berkenaan Vitalea Shaklee

  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
  • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
  • 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga
Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee

Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

Siapa Memerlukan Vitalea (Mutivitamin) Shaklee?

  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin          

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea Shaklee mampu: 
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
Info produk:

Qty : 120 biji
Harga : RM88.75
Harga ahli : RM7x.xx

Lebih jimat dengan pembelian harga ahli kan. Tanya saya bagaimana:)

PM/SMS 0174271383 
EMEL : beautysigne@gmail.com