CALL / SMS / WA 0174271383
FB : eedazz zed
EMEL : beautysigne@gmail.com
Showing posts with label IBU MENGANDUNG. Show all posts
Showing posts with label IBU MENGANDUNG. Show all posts

Saturday, 27 September 2014

VITALEA vs OBIMIN: NOW I KNOW!

Assalamualaikum gojess semua =)

Saya ni suka share pengalaman sendiri...sbb diri sendiri lah merupakan live testimoni dan saya ni SID yang mengamalkan kebanyakan suplemen shaklee...bukan hanya tahu menjual saja ye..saya juga makan dan amalkan Shaklee. 


Masa pregnancies pertama saya belum kenal Shaklee. Saya ambil je vitamin yg klinik bg..makan itu tanpa jemu, dgn masalah HB low lah, letih lah, dan yg paling x boleh lupa kaki saya cramp hampir setiap malam. saya juga ambil susu komersial..susu utk ibu mengandung tu. Saya juga ambil pil iron tu sampai sembelit teruk! Hmm...

Kemudian rezki anak kedua, saya mula kenal Shaklee dan terus cuba full set ibu mengandung. Alamak! Menyesal saya tak ambil dari dulu lagi. Memang jelas sgt perbezaan semasa mengandung kali kedua ni.

* HB tidak lagi ada masalah ---cun memanjang
* Masalah sembelit tak ada! Saya suka sgt dgn Vitalea yg ada IRON siap2 dalam dia. 
* Cramp kaki tak ada langsung. Ini saya tak tipu..bole tanya husband saya ye kikikiki.....
* Rasa lebih bertenaga, emosi lebih baik, pendek kata semua nya bagus lah masa tu. Alhamdulillah.

Ok dah pjg membebel...back to the point, hari ni saya nak kongsi lagi pasal MULTIVITAMIN TERUNGGUL iaitu VITALEA.

"Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak."
BEZA OBIMIN DAN VITALEA

OBIMIN = Vitamin Sintetik



Color pink memang cantik menarik tertarik kan. 

Vitamin sintetik maksudnya vitamin yang dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang ada ciri ciri hampir sama dengan yang terdapat dalam vitamin. Walaupun formulanya sama tapi tetap tak sama dengan vitamin semulajadi. Contoh susu ibu dengan susu formula. mana lagi berkhasiat sebenarnya?

VITALEA = vitamin SEMULAJADI BEBAS PEWARNA, BEBAS PERISA DAN BEBAS PENGAWET.




VitaLea Shaklee ni adalah sejenis Multivitamin & Multimineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting termasuk 12 jenis Vitamin dan 7 jenis galian. Nampak kan yang Vitalea ni mmg lengkap terutama utk ibu mengandung yang memang kena topup nutrisi sebaiknya.



Haaa tgk ye kawan-kawan.. mesti korg pernah jadi gini kan...kaler pink yang cantik tadi melekat di jari.. takut tak takut tak?? Apa benda lah ye yg kita makan tu...byknya pewarnaaaaa



Ok ni pulak perbezaan dari segi larut atau tak.
Vitalea sekejap aje terus larut dalam air biasa..bukan air panas. 

Dalam masa 2 minit, Vitalea larut sepenuhnya, tapi Obimin masih lagi dok setel bab kaler pinknya tu. hihi.

Apabila terus dibiarkan, Vitalea hancur dan bercampur dgn air tu...tapi Obimin jadi KERAS MACAM BATU!

Sedikit tips untuk ibu-ibu hamil, sekiranya perlukan supplemen tolong tolong tolong ambil tahu kuantiti unit setiap vitamin/nutrisi yang diperlukan dalam badan untuk anak dalam kandungan.

Bandingkan UNIT vitamin vitamin pada setiap tablet tu dengan uni RDA (Recommend Dietary Allowance) yang dicadangkan untuk ibu mengandung.



Ni panduan untuk korang ye....Tepuk dada tanya selera. Vita Lea lebih mengikut piawaian RDA berbanding obimin! Pilihan ditangan anda.


Set kehamilan yang saya ambil dulu. Tak banyak pun sbb bukan sekaligus telan semuanya.

Inilah set lengkap untuk menemani fasa kehamilan anda dengan lebih tenang dan sihat. Mmg beza tau bila ambil set ni dan vitamin yg klinik bagi. Saya sendiri dah merasai perbezaan nya. Sbb terus masa pregnant anak kedua terus sign up jadi ahli dan terus jadi pengedar tegar. Hihi.

Taknak yang full set? Takpa yang bajet2 pun ada. 

Contact saya ok!





PM/SMS/WHATSAPP 0174271383 
EMEL : beautysigne@gmail.com 
add saya di FB : eedazz zed

Saturday, 5 July 2014

Berpuasa dengan Set Ramadhan Shaklee

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini. 


Berpuasa dalam bulan Ramadhan menjadi semakin mencabar untuk menguji kekuatan iman dalam diri dengan beribadah dengan Yang Maha Esa..

Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan segala dosa,maka dibukan segala pintu-pintu peluang bagi manusia bertaubat dan ketika inilah doa-doa Allah kabulkan..

Berlumba melakukan ibadah juga menghasilkan tenaga positif dalam setiap umat Islam..


Spiritual dan juga secara fizikal kita menghasilkan tenaga dalaman diri...

Mudah-mudahan segala tingkat amalan kita dapat memberi perubahan positif dalam bulan Al-Mubarak ini...InsyaAllah..

Ramai yang bertanya tentang cara dan suplemen apa yang sesuai semasa berpuasa, jadi hari ni saya nak kongsi beberapa suplemen superb yang dah dicuba dan diakui sangat bermanfaat untuk bulan puasa ini.

* diakui oleh customers kami, dan mereka yang sudah mencuba  - Alhamdulillah :) *



ini adalah beberapa suplemen yang menjadi kegemaran kami sekeluarga dan juga ramai customer kami, memang sangat mendapat sambutan malah ada yang dari tahun lepas pun dah ambil semua suplemen ini.

Suplemen yang dicadangkan sempena berpuasa:

1. ESP

ESP memang dah terkenal kerana beri rasa kenyang dan tenaga berpanjangan. Ibu mengandung dan menyusu sesuai ambil ESP untuk tambah tenaga semasa berpuasa.


2. CINCH SHAKE

Sangat menakjubkan kerana Cinch Shake mmg beri rasa kenyang dan kurang dahaga. Apa beza ESP dan Cinch Shake ni? 

ESP disarankan kepada mereka yang mengandung dan menyusukan anak, dan yang mahu kulit lebih cantik :)

Cinch Shake disarankan diambil oleh mereka yang nak kurus dengan cepat, sebab lepas ambil Cinch Shake mmg korg akan rasa tak lapar dan tak lalu nak makan nasi dah....bestkan...

Cinch Shake ni adalah THE BEST MEAL REPLACEMENT!

3. Performance Drink

Terbaik untuk elakkan dahaga, hilangkan dahaga, dan mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi ni maksudnya keadaan apabila cecair badan kurang, atau kehilangan air lebih banyak dari yang masuk ke tubuh.

So dengan Performance Drink, tubuh akan mendapat lebih air dengan tempoh yang lebih lama. Sebab itu la kita akan rasa kurang dahaga =)

4. Mealshake

Kegemaran ibu dan anak2 sbb Mealshake membekalkan nutrisi lengkap, menguatkan imun badan dan dapat mencantikkan kulit. Banyak feedback yang kami dapat, Mealshake beri kesan kulit yang cantik dan kemerahan. 





ANDA INGIN MENDAPATKAN PRODUK ATAU MEMERLUKAN INFO LANJUT?



PM/SMS/WHATSAPP 0174271383 
EMEL : beautysigne@gmail.com 
FB : eedazz zed

Beli Set Ramadhan? Klik sini


Beautysigne mengucapkan Salam Ramadhan 1435 H

Sunday, 25 May 2014

IBU MENGANDUNG : VITAMIN APA YANG PENTING DAN BOLEH DIAMBIL

Memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.
Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protein, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.
Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :

Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
Omega : membantu pembentukan sel otak.
Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.
Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk:

PM/SMS 0174271383 
EMEL : beautysigne@gmail.com 
FB : eedazz zed

Terima kasih...

Thursday, 13 February 2014

Vitamin Shaklee yang TIDAK BOLEH diambil semasa mengandung


Bismilahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah semakin ramai customer dan kwn2 yg mengambil vitamin Shaklee memberi feedback yang lepas ambil beberapa lama. Ada yang order lagi untuk mak ayah pun ada :)


Hari ini seorg customer bertanya samada boleh atau tidak dia nak ambil Omega dan Lecithin semasa mengandung. Setelah consult saya ingin jot-down dalam blog ni untuk perkongsian dengan semua.

VITAMIN YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL SEMASA MENGANDUNG
Antara vitamin-vitamin yang ibu mengandung perlu elakkan adalah;

  • Alfalfa complex
  • DTX complex
  • Collagen powder
  • Garlic Complex
  • Herblax
  • Lecithin
  • Caratomax
  • Nutriferon
  • Vitamin E complex
  • GLA complex
  • Vivix
  • Omega (pada awal kandungan tidak digalakkan ambil omega kerana omega bersifat "panas" , AMBIL SEMASA TRIMESTER KE-3 sahaja)
Kebanyakan list vitamin di atas mengandungi herba jadi mmg tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Vitamin di atas juga bersifat antioksida yang tinggi seperti Vit E, Carotomax, GLA dan Nutriferon.

Vitamin yang bersifat panas pula adalah seperti Garlic, Ginger, Alfalfa dan Vivix.

Jika ada keperluan untuk mengambil sebarang vitamin dalam senarai ini, anda perlu rujuk pada doktor terlebih dahulu.


Untuk info dan pertanyaan:


Emel : beautysigne@gmail.com
SMS / WA : 0174271383
FB : Eedazz Zed (SID 932376)


Terima kasih...

Wednesday, 5 February 2014

Bahaya anemia kepada ibu mengandung.

Anemia merupakan gangguan kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat sumber zat besi secukupnya.

Anemia lebih kerap terjadi kepada ibu mengandung, dimana mereka sering berasa lesu dan kelihatan pucat.

Sel darah merah perlu bekerja lebih untuk menampung keperluan oksigen kepada janin yang baru hendak berkembang. Kekurangan sel darah merah yg teruk dan berlarutan boleh membahayakan ibu dan juga bayi.

Anemia diukur dalam bacaan tahap hemoglobin dalam darah iaitu bacaan HB yang menjadi rutin mingguan ibu mengandung semasa check-up.

Bahaya HB rendah kepada bayi boleh baca di SINI.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka. "
“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan. 

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.
Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.
“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.
Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:
  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya
Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia?
Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju. Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia. 

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan. Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk. 

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.
Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.
Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.
“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit. "

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.
Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan. 

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.
Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.
Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.
“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.
“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.
“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.
Memahami anemia dan kehamilan
Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi. Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.
Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan
  • Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
  • Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan
Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.
Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.
Pencegahan dan rawatan
Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.
Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. 

Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.
Vita-lea dengan formula zat besi adalah suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata* (Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu)
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi* (Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.)
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*
* sumber

Apa yang uniknya Vitalea shaklee???

•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil.

•The best multivitamin dlm public interest thn 2000. 

•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbanyak 65%.

•Disokong oleh 7 kajian klinikal.

•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru.

•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk.

Malas makan supplement? make sure Vitalea antara supplement yg WAJIB anda ambik setiap hari utk pastikan badan cukup zat dan mineral :)

Jangan biarkan masalah pening2 kepala saat awal kehamilan sebagai perkara biasa yang anda tak perlu ambik berat..lakukan pemeriksaan, dan ambil zat besi sebagai makanan tambahan di kala anda hamil, mahupun merancang utk hamil atau menyusu bayi lebih2 lg ketika berpantang.

Saya mengamalkan Vitalea Shaklee sebagai satu makanan tambahan yg wajib saya ambil kerana kandungan multivitamin yang lengkap utk memberikan kesihatan yang terbaik untuk saya lebih cergas..anda bagaimana??


Untuk info dan pertanyaan:


Emel : beautysigne@gmail.com
SMS / WA : 0174271383
FB : Eedazz Zed (SID 932376)


Terima kasih...

Tuesday, 4 February 2014

Ibu mengandung dan masalah HB rendah.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN (HB) SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.


1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.


2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)

Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.


3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)

Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??


Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation).

Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.


APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?


Tips 1 :--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan


Tips 2 :--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan HB


Tips 3 :--> Makan pil/vitamin tambah darah (yg doktor selalu bagi tu) mengikut yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..


Tips 4 :--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)


MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 akan naik dgn cepat.


Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia (HB low utk ibu mengandung).

Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. 

Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.




Vita-Lea® Iron Formula
  • Multivitamin & Multimineral
  • Multi yang Hebat
  • Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
  • Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan.
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. 

Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. 

Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi HB rendah.





Lengkap!

Untuk info dan pertanyaan:

Emel : beautysigne@gmail.com
SMS / WA : 0174271383
FB : Eedazz Zed (SID 932376)

Terima kasih...