Selulit tampak ketara pada bahagian pinggul, paha dan punggung kerana bahagian itu mudah mengumpul lemak dan menahan air sekali gus terjadinya selulit terutama di bahagian perut dan dada.
Berlaku disebabkan sel lemak membesar yang menekan pada dinding kapilari dan menyebabkan penahanan air.
Gumpalan sel lemak yang diikat bersama serat kolagen seterusnya menghalang peredaran darah sekali gus menyebabkan pembuangan limpa yang tidak lancar.
Tanda keregangan kulit pula berlaku apabila kulit ditarik oleh pembesaran atau berlaku regangan yang mendadak.
Walaupun kulit bersifat anjal, apabila ia terlampau diregang, penghasilan kolagen akan terganggu dan menghasilkan parut halus yang banyak.
Diet atau mengawal pengambilan makanan saja tidak dapat menghilangkan kedua-dua masalah berkenaan.
Pengurangan garam dalam diet akan mengurangkan penahanan air dalam tubuh tetapi ia tidak bermakna akan membantu menghilangkan selulit.
